Isnin, 9 Januari 2012

Tips Elak Kanser Payudara



Kanser payudara merupakan kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita di Malaysia. Namun ia bukanlah yang paling merbahaya. Seorang wanita di Malaysia mempunyai risiko 1 dalam 19 untuk mendapat kanser payudara sepanjang hayatnya. Risikonya lebih tinggi di kalangan wanita Cina iaitu 1 dalam 14 dan India 1 dalam 15. Wanita Melayu mempunyai risiko yang terendah iaitu 1 dalam 24 wanita berbanding 1 dalam 8 bagi wanita di negara-negara maju.

Tidak dinafikan bahawa beberapa faktor seperti factor keturunan yang tidak boleh kita ubah. Namun, kita boleh melakukan banyak perubahan dari segi gaya hidup yang dapat membantu mencegah kanser payudara. Kami perturunkan di bawah ini 10 cara utama mencegah kanser payudara.


1. Kata “Tidak” kepada alkohol


Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).


2.Berhenti Merokok


Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.


3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman


Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian belaiu dengan suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.


4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda


Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.

Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan


5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh


Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengankanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.


6. Periksa payudara anda setiap bulan


Ini merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.

Anda boleh mempelajari bagaimana melakukan pemeriksaan payudara dengan betul dengan melayari http://www.thefamilygp.com/thefamilygp_t­v.aspx?cid=2&vid=iLyROoaftXAu

Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.

Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.


Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.

Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.


7.Amalkan diet lemak rendah


Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang mengovumdari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.


8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan


Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.

Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.

Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?


Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan

Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun

Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.


9. Berkeluarga awal jika boleh


Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada kanser payudara dan serviks.


10. Amalkan penyusuan badan


Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.

Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.

Jom Klik Disini

Tiada ulasan: