Khamis, 11 Oktober 2012

DOA ITU ADALAH OTAK IBADAH

Menyingkap Rahsia Doa

“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.
Semasa berdoa hendaklah kita bersungguh memohon jangan main main semasa berdoa. Dengan bersungguh insyaAllah apa yang kita hajati dimakbulkan.... yang penting jangan melakukan apa yang Allah larang dan apa yang Allah tidak suka. 





Assalamualaikum W.B.T
Kami mendoakan agar anda semua sihat dan ceria selalu disamping berada di bawah payung Rahmat Allah....
Perkongsian pagi nie....
Usahlah kita mengharap kembali menjadi kain yang putih , akan tetapi sekurang-kurangnya berusahalah untuk menjadi sehelai batik yang cukup-cukup indah .. :')
P.S) Kita sentiasa muda untuk bertaubat .. jangan malu untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya ..
Ayuh kita sama sama bertaubat setiasa agar hidup kita lebih bermakna....

~https://www.facebook.com/TelekungLestari~