Sabtu, 31 Disember 2011

Tips Rumah Tangga Bahagia


Kita sering impikan sebuah keluarga yang bahagia tetapi ramai yang tercundang di pertengahan jalan kenapa, mengapa dan bagaimana nak mengatasinya.... Jangan cepat menunding jari kepada pasangan anda.

Tentu ada yang berkata "alah lagikan lidah tergigit" betul ungkapan itu seharusnya kita berusaha untuk mengelakkannya......

Ingat kebahagiaan rumah tangga adalah satu nikmat yang amat besar dan tiada nilainya dengan wang ringgit " tak guna ada duit setinggi gunung tetapi tidak mempunyai kebahagian"

senyuman yang diukirkan dari isteri untuk suami dan senyuman sumi kepada isteri tidak lupa juga kepada anak-anak kepada ibu bapa..... Bahagiakan....

Untuk mendapatkan kebahgian itu ada caranya......

8P yang harus anda pelajari iaitu....

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Kita sering kali tidak memuji isteri kita dalam masakan payah sangat ke nak ungkap perkataan " sedapnya masakan sayang ".

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Tanya pada diri anda pernahkan anda lakukan...? satu pelukkan mampu memanjangkan usia anda....

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Cuba anda buat pad tarikh-tarikh keramat seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan... Nak lebih menarik buat dengan cara pasangan anda tidak sedar.... Contoh letak hadiah dalam almari pakaian ke atau dimana-mana tempat yang sering isteri kunjungi.....

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Ini amatlah penting...

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. kadang-kadang suami masakan untuk isteri....tak pong sama-sama memasak di dapur.... Perangai suami yang kurang disenangi oleh isteri ialah cepat marah tak tentu pasal. Disini suami jangan cepat marah ye.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Nak Cantik

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. 

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. 

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. 

Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan
bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. 

Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang
menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Petua kempiskan perut

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah... hu hu hu

Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar

Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih. 

Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

Mata Anak bersinar

Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.

Mengelak Bekas Cengkering

Kanak-kanak yang terkena cengkering akan mengalami kegatalan dan meninggalkan kesan bertompok-tompok di seluruh badan dan muka. Untuk mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan, lakukan ketika cengkering hampir kering.
 
Membunuh Lipas

Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.
1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Insya-Allah lipas akan mati,

2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul.Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat kesannya nanti.

Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Kilatkan Cermin Mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Jemput-Jemput Menjadi Lembut

Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dalam adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Elakkan Kelemumur

Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Mencuci Barangan Perak

Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

Segarkan Taugeh

Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Limau Nipis Cantikkan Badan 

Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.

Hilangkan Bau Kaki
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian

Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.
Selamay mencuba......

Jom Ikut Cara Rasulullah



BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe?nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba?nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Rahsia Keluarga Bahagia

Impikan Keluarga Bahagia....
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah  memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari bahtera rumah tangga.

Nak tahu 63 petua kebahagiaan  rumah tangga


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

12 Tip Elak Kanser Payudara

1. Makan sayur-sayuran.

Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayuran mempunyai kadar kanser payudara yang lebih rendah. Sayuran seperti brokoli, kubis brussels, kubis bunga dan kubis didapati mempunyai kesan pencegahan kanser yang lebih kuat.

2. Teh hijau

Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan umum. Tambahkan teh hijau ke dalam diet harian. Kajian menunjukkan risiko kanser payudara yang lebih rendah dikalangan mereka yang minum teh hijau.

3. Hadkan pengambilan alkohol dan jauhi rokok.

Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara. Hadkan pengambilannya dan berhenti merokok sekiranya anda perokok.

4. Ambil kira jumlah dan jenis lemak yang dimakan.

Penyelidikan menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi, iaitu 40% atau lebih daripada kalori harian memberi lebih risiko berbanding 20% daripada kalori harian. 20% daripada nilai kalori adalah paling disarankan oleh pakar dietetik. Selain itu, lemak tepu yang dijumpai dalam daging berlemak (marbled meat) dan produk tenusu yang berlemak tinggi lebih cenderung meningkatkan risiko kanser payudara berbanding lemak tak tepu dalam kekacang, bijian dan avokado serta minyak zaitun dan kanola.

5. Mengambil supplemen vitamin E

Kajian ke atas sel-sel payudara menunjukkan bahawa ahli keluarga vitamin E, iaitu tokotrienol mempunyai kesan anti-tumor yang poten dan menggalakan kematian sel tumor, dengan itu mengurangkan risiko kanser payudara. Sebaliknya vitamin E bukan tokotrienol tidak memilik kesan yang signifikan ke atas sel kanser payudara.

6. Meningkatkan pengambilan antioksida.

Tekanan oksidatif dan kesan kerosakannya boleh memulakan proses kanser. Antara cara terbaik untuk menghentikannya adalah dengan antioksida seperti vitamin E, C dan selenium.

7. Senaman secara tetap.

Kajian epidemiologi menunjukkan aktiviti fizikal boleh mengurankan risiko kanser payudara. Kajian yang diterbitkan dalam Asia Pasifik Journal of Cancer Prevention edisi Julai-September 2009 mendapati wanita yang melakukan kerja yang memerlukan mereka berdiri atau bergerak di kebanyakan masa dalam sehari adalah 34% lebih rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang banyak duduk.

8. Mencari alternatif untuk Terapi Penggantian Hormon (HRT)

Beberapa kajian menunjukkan bahawa HRT meningkatkan risiko kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi boleh mencari alternatif untuk HRT. Bincang dengan doktor tentang pilihan yang ada.

9. Pemeriksaan Payudara Sendiri (BSE)

Adalah penting untuk mengesan kelainan pada payudara anda. Cuba lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebaiknya seminggu selepas haid. Mamogram disarankan untuk wanita berusia 35 tahun keatas.

Baca artikel bagaimana untuk anda melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

10. Urutan sendiri.

Urutan meningkatkan aliran darah, aliran cecair tubuh dan memperbaiki saraf impuls. Urutan sendiri boleh dilakukan smdah memberi tekanan ringan (gerakan membulat) dari setiap arah atas tisu payudara dan mengusap lembut di atas seluruh bawah lengan untuk merangsang kalenjar nodus limfa.

11. Pakai coli yang sesuai.

Meskipun tiada bukti tepat yang menyokong idea bahawa coli boleh menyebabkan kanser payudara, namun dikira langkah baik agar tidak memakai coli yang kurang sesuai yang boleh menyekat aliran limfa ke payudara. Coli bukan sekadar pakaian dalam, malah perlu untuk menyokong payudara. Jika anda bersenam atau kerap berlari, pakailah coli untuk bersukan. Payudara melendut dengan lebih cepat tanpa sokongan yang baik.

12. Dapatkan rawatan profesional.

Tumor kanser yang dikesan ketika masih kecil lebih berpeluang untuk sembuh sepenuhnya berbanding menunggu sehingga ia lebih besar.

Laknat Allah.

Soalan:
Saya ingin mengetahui apakah tujuan sebenar laknat Allah diberikan kepada hamba-Nya? Harap ustaz dapat membantu.
Suhaili, Seremban, Negeri Sembilan.
 
 Jawapan:
Laknat ertinya memberikan kebinasaan dan menjauhkan rahmat. Allah, sesuai dengan kedudukan-Nya yang Maha Agung, melaknat orang-orang yang melakukan kesalahan tertentu yang amat berat. Sebagai contoh, Allah menerangkan dalam ayat berikut: 
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” [al-Baqarah 2: 159] 
Adapun tujuan Allah menerangkan bahawa Dia melaknat seseorang atau sesuatu kaum adalah untuk memberi peringatan kepada orang-orang lain agar tidak turut melakukan kesalahan yang sama. Merujuk kepada ayat di atas umpamanya, tujuan Allah menerangkan laknat tersebut ialah supaya kita tidak menyembunyikan ayat-ayat al-Qur’an ketika berhujah dengannya, semata-mata untuk memenangkan pendapat yang kita sukai.