Ombak Rindu.....
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman.
Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut ”cuma
aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah
berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari
memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita
lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”
itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima
ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap
tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan
hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan
sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam
entri “Adakah Masalah itu Masalah“.
Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT
tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku
sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai
pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun
bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba
tanya Kak Jie
yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan
isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga
dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang
tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa
tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika
dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan
kehidupan yang sebentar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan