Sabtu, 23 Februari 2013

Jom Jaga Kesihatan

Apa pun jua planning u all pastikan ia dilakukan untuk kebaikkan diri anda, bukan memudaratkan diri anda....
 
Antara perkara yang sihat dan semua orang boleh lakukan adalah dengan berjalan kaki.

Yes! Tiap-tiap hari kita berjalan kaki. Namun tahukah anda berjalan kaki juga mampu menurunkan berat badan kita.

Namun ia bergantung kepada masa dan langkah kaki anda.

Ok, contoh anda mempunyai berat 70kg. Berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah iaitu selama 2 jam.

Maka kalori yang terbakar adalah lebih kurang 500kcal.

U all nampak tak disini. Berjalan kaki sambil window shopping dihujung minggu sebenarnya membantu anda menurunkan berat badan.

So jom kita pergi ke mall yang terdekat, dan pusing-pusing selama 2 jam. Tapi jangan lepas tu benti makan kat food court atau fast food pula.


Don't Give Up

Macam mana keadaan anda hari ini? Bersemangat, kecewa, sedih, tak hepi atau Give up?

nick vujicic tak pernah berputus asa. Dia telah membuktikan tiada yang mustahil dalam kehidupan ini.
...
Dalam menuju matlamat yang ingin dikecapi, 1001 halangan kita akan hadapi. Namun yg menjauhkan kita dari kegagalan adalah semangat yang kental dan usaha berterusan untuk mencapai apa yang diingini.

p/s: kita, tak boleh tahan lapar pun dah give up ;)
 

Info from Info Diet....
 

Berniaga Di Pasar Malam






Rata-rata rakyat Malaysia sangat ghairah jika ke pasar malam. Bukan itu sahaja, kehadiran pasar malam juga pasti dinanti. Pengguna juga berkira-kira untuk membeli barang dan bersabar menanti kehadiran pasar malam.
Sedikit sebanyak kemunculan pasar malam membantu mereka melancarkan urusan harian. Seawal pukul 4 petang, peniaga mula memasang payung, mengemas dan menyusun produk yang cuba dipasarkan.
Pasar malam akan mula ditutup menjelang pukul 10 malam semasa jumlah pengunjung semakin berkurang. Hampir semua keperluan seharian dari barang makanan, bekalan makanan mentah, pakaian, barang hiasan rumah, dan kelengkapan dapur boleh didapati di sini.
Selain itu, belian secara borong juga akan menjimatkan kos lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi hari ini. Paling menguntungkan, harga barangan di pasar malam juga jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran biasa.
Taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat terpaksa mengeluarkan belanja yang besar. Mungkin ada sesuatu yang mereka cari di pasar malam atau sekadar cuma mahu melihat gelagat dan merasai bingit suasana pasar malam. Atau juga sekadar mengisi masa dan berjalan-jalan, jika berjumpa dengan apa yang dicari, pasti barang itu akan dibeli.
Semua peniaga pasar malam mengharapkan keuntungan daripada produk yang dipasarkan. Jika tidak, pusingan modal gagal dibuat dan perniagaan mereka terpaksa dihentikan.
Maka, setiap peniaga mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan pelanggan mereka tidak lari dan tidak penah jemu mendapatkan produk yang dipasarkan. Mungkin juga peniaga memasang strategi pernigaan yang efektif dan berkesan untuk terus menarik pelanggan dan perhatian pengguna baru.
Cara-cara yang digunakan peniaga ini sememangnya didapati berkesan dan mempunyai pengaruh terhadap pengguna dan pembeli. Oleh itu, peniaga pasar malam akan berniaga dengan jujur agar pengguna mereka juga mampu bertahan dengan hasil produk yang dibeli.
Wang yang diperuntukan untuk berbelanja membeli barang makanan jauh lebih menjimatkan dan mempunyai baki untuk simpanan pengguna. Jadi, buat apa berbelanja lebih jika barang yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang sama boleh didapati di pasar malam.
Menjual makanan tradisional
Banyak cara yang dilakukan oleh setiap peniaga pasar malam untuk melariskan produk yang dipasarkan. Barang makanan menjadikan suasana pasar malam lebih hangat dan terasa bahangnya.
Disebabkan itu, ramai peniaga pasar malam cuba memasarkan produk mereka dengan menghasilkan sebanyak mana kuih-muih dan lauk-pauk tradisional yang sukar didapati dan cerewet cara penyediannya. Jika kita amati, setiap pengunjung yang hadir ke pasar malam tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Sekurang-kurangnya mereka akan pulang dengan bungkusan makanan kegemaran atau apa sahaja jenis makanan yang sukar didapati di kedai-kedai lain. Niat utama adalah untuk mencuba sejenis makanan baru.
Atau mungkin juga makanan itu mengingatkan mereka akan kampung halaman dan ahli keluarga yang menggemarinya. Apabila barang makanan itu sedap dan tepat dengan selera, pasti pembeli akan mendapatkannya pada minggu berikutnya.
Mengaitkan produk dengan nama artis
Selain itu, peniaga juga melariskan produk yang dijual dengan mengaitkan nama artis dan selebriti tanah air, tidak kurang juga mengaitkan dengan selebriti antarabangsa. Contohnya pengguna boleh memiliki tudung Ikin serendah RM 10.00 dengan hanya berbelanja di pasar malam.
Pengaruh tudung Ikin yang dipopularkan oleh isteri Mawi artis realtiti TV dari Akademi Fantasia tidak perlu diperkenalkan lagi. Penangan hebat membuatkan orang ramai mampu bergaya cantik dan sopan seperti Ikin. Hari ini, pelbagai jenis tudung dan selendang yang berkualiti boleh didapati di pasar malam.
Kualiti dan fabrik mungkin agak sedikit berbeza namun ia tetap memberikan kepuasan kepada pengguna. Selain itu, terdapat juga peniaga makanan yang mempromosikan kempen 1Malaysia melalui makanan yang dijual. Kelihatan peniaga sangat kreatif dan peka dengan perkembangan negara. Selain sedap, makanan 1Malaysia ini juga jauh lebih murah dan banyak pilihan.
Berani dan lantang melontarkan suara
Peniaga pasar malam juga lebih berani dan lantang untuk melontarkan suara mereka untuk meraih keuntungan. Kebanyakan peniaga akan menjerit atau memasang tape yang telah dirakam lalu dimainkan untuk mempromosikan produk mereka.
Seawal tapak pertama menjejakkan kaki ke pasar malam sehingga ke payung terakhir pasar malam, rakaman tape ini akan mencuri tumpuan. Pasti ramai yang sedar akan kewujudan peniaga ini dengan menggunakan cara yang paling terkini.
Contohnya di pasar malam Padang Jawa setiap malam Jumaat, gerai menjual barang-barang plastik dan keperluan dapur akan mencuri tumpuan kerana memasang tape yang telah dirakam. Setiap peniaga pasar malam mempunyai cara yang tersendiri untuk memasarkan produk mereka. Hasilnya juga adalah berbaloi.
Sikap ramah dan mesra
Seterusnya, peniaga pasar malam juga lebih mesra dan ramah. Sikap ini melambangkan peribadi yang baik dengan masyarakat. Sekaligus, peniaga-peniaga ini akan membuatkan pembeli merasa selesa dan mudah untuk menjalankan urus niaga dengan mereka.
Selain mempunyai mulut yang manis, peniaga pasar malam juga lebih bertolak ansur dalam soal penawaran harga barang yang dijual. Mereka akan membuatkan pengguna mencari mereka lagi jika mengunjungi pasar malam. Kerana tawaran yang diberikan akan mencetuskan kepuasan dalam diri pembeli.
Budaya tawar-menawar apabila berbelanja di pasar malam merupakan satu kemestian. Selain itu, apabila kita terlibat dalam kegiatan ini, secara tidak langsung hubungan sesama masyarakat akan mesra melalui komunikasi dua hala yang telah berlangsung.
Menjual mengikut kiraan harga pinggan
Peniaga barangan basah terutamanya peniaga makanan laut dan sayur-sayuran pasti akan meletakkan harga barangan dengan tawaran yang paling rendah. Jika tidak, peniaga itu sendiri yang akan rugi. Tambahan pula apabila berniaga ikan. Barang ini tidak boleh disimpan terlalu lama. Ia mudah rosak dan tidak segar. Maka, mereka mengambil inisiatif dengan menjual mengikut kiraan harga sepinggan.
Pelbagai jenis ikan boleh dibeli dengan harga serendah RM 3.00 sepinggan. Mungkin kuantiti itu tidak mencukupi, tetapi harga ini adalah sangat rendah sehingga membuatkan pembeli tidak teragak-agak untuk membelinya. Hanya di pasar malam kita dapat berbelanja semurah ini. Kerana faktor dan daya tarikan ini membuatkan suasana pasar malam sentiasa panas dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus. Selain itu, sayur-sayuran kampung turut mendapat tempat di hati pembeli.
Contohnya seperti ulam-ulaman, keladi, rebung, petai dan jering. Kesukaran mendapatkannya membuatkan peniaga berusaha untuk memasarkan produk ini. Tambahan pula ulam-ulaman kampung mempunyai khasiat yang tinggi.
Cara mempersembahkan produk
Peniaga hari ini juga semakin bijak dalam memasarkan produk mereka. Bagi peniaga makanan, cara hidangan makanan yang dipersembahan mampu menarik minat pembeli.
Sebagai contoh di pasar malam Pantai Dalam setiap malam Sabtu, terdapat peniaga laksa Penang akan menghias meja dengan seni kulinari yang menarik dan segar dengan bunga kantan, cili merah, cili hijau, timun, daun selom dan telur. Peniaga ini mampu mengekalkan jumlah pembeli kerana taktik yang digunakan sangat menarik dan kelihatan sangat segar.
Selain itu terdapat juga peniaga kuih apam yang menyediakan pelbagai warna dalam melariskan kuih apam buatan sendiri. Dari jauh, warna yang terang ini akan membuatkan hati tertarik untuk mencubanya. Selain warna yang cantik, rasa kuih apam ini juga sama dengan kuih apam yang lain, lembut dan tekstur yang halus.
Barangan yang murah menjadi tumpuan
Barang yang paling murah akan menjadi tumpuan pembeli. Barang makanan seperti laksa, mi udang, bihun sup dan bakso serendah RM 2.50 boleh didapati di pasar malam Padang Jawa. Selain itu, bagi golongan orang kurang upaya, mereka akan mendapat potongan harga yang lebih murah.
Begitu juga dengan golongan warga emas. Ternyata peniaga ini sangat rapat dengan masyarakat. Selain berniaga, mereka juga menderma sekaligus membantu dan cuba meringankan beban masyarakat. Disebabkan faktor harga yang murah, gerai ini sentiasa menjadi tumpuan dengan kelazatan makanan yang dijual.
Kedudukan gerai
Seterusnya cara melariskan produk juga bergantung kepada kedudukan gerai. Kedudukan yang sesuai juga mempengaruhi jumlah pembeli. Jika kita sedar, peniaga air akan berada pada kedudukan pintu keluar dan masuk ke pasar malam. Strategi ini memang sangat berkesan. Serendah RM 1.00, kepenatan sepanjang berjalan di pasar malam dapat diredakan.
Terdapat pelbagai pilihan minuman yang dapat membasahkan tekak. Daripada jus buah-buahan, minuman tenaga atau minuman berkarbonat. Kedudukan gerai ini membuatkan pembeli tidak perlu berpatah balik jika haus disamping tangan yang penuh dengan barangan yang dibeli. Sebaik melangkahkan kaki ke kawasan pasar malam, tekak mesti dibasahkan dahulu untuk memberikan tenaga sepanjang berjalan merentasi gerai di pasar malam. Apabila mahu pulang, tekak kering lagi. Maka, gerai air pasti dicari.
Peniaga menjual barang mainan kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang mengunjungi pasar malam dengan membawa anak, pasti mainan akan menjadi tarikan. Jika tidak mahu mendapat malu apabila anak membuat kelakuan yang tidak sepatutnya dengan menjerit di khalayak ramai, maka kehendak mereka wajib dipatuhi. Hendak marah anak pun tidak guna, kerana mereka akan tetap dengan pendirian mereka.
Sudah begitu naluri anak-anak apabila terpandang barang mainan walaupun mainan itu pernah dibeli. Peniaga yang bijak akan meletakkan mainan yang dijual terbentang atas meja atau menggantungkannya agar mudah dilihat. Cara ini kelihatan kotor, tetapi beginilah lumrah orang berniaga. Jika tidak, rugi pula yang dapat. Anak-anak kecil yang datang dengan ibu bapa menjadi penyumbang kepada sumber pendapatan peniaga pasar malam.
Inilah antara cara-cara yang dilakukan peniaga pasar malam untuk melariskan produk mereka. Setiap cara yang dilakukan berbeza bergantung kepada jenis produk yang cuba dipasarkan.
Boleh juga kita katakan bahawa mengunjungi pasar malam adalah budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini kerana, semua kaum akan keluar mengunjungi pasar malam bagi mendapatkan keperluan yang dikehendaki mereka. Setiap kelengkapan dan keperluan bayi hingga orang dewasa boleh dicari di pasar malam. Kerana itulah terdapatnya perbezaan dalam pelaburan modal yang dilaburkan setiap peniaga.
Cara pemasaran yang diamalkan peniaga ini adalah cara yang biasa diamalkan peniaga dan usahawan yang telah berjaya. Cuma, terdapat sedikit pengubahsuaian dengan keadaan. Pendek kata, cara-cara ini mampu membantu peniaga meningkatkan tahap ekonomi dan melariskan produk mereka. Terakhir sekali, kita bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal. Pasti usaha kita akan dibalas dengan habuan yang setimpal.
Selamat mencuba ye....


Rahsia 5P Dalam Perniagaan

5 P Dalam Perniagaan


Dalam perniagaan kita perlu menguasai 5 P berikut :

Promotion


Mempromosi produk sangat penting agar orang ramai mengetahui kehadiran syarikat kita bersama produk yang ditawarkan dalam pasaran. Melalui pemasaran yang hebat, syarikat boleh menjana jualan yang tinggi seterusnya menyumbangkan kepada keuntungan.


Place


Lokasi yang strategik membawa kelebihan kepada pemasaran. Bagi sesetengah perniagaan, lokasi premis tidak penting, tetapi perkara yang penting lokasi mana kita perlu memasarkan produk adalah sangat penting.


Product


Produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat membawa pulangan wang kepada syarikat. Sekiranya produk kita benar-benar menjamin kepuasan pelanggan, maka kita berupaya mengekalkan daya saing syarikat.


Price


Harga banyak dipengaruhi oleh bahan mentah, kos pembuatan, permintaan dan kepada siapa produk itu dipasarkan. Bagi sesetengah produk dipasarkan kepada kelompok pelanggan yang tertentu dan menyebabkan ia betul-betul ekslusif. Ia mempengaruhi harga yang ditawarkan.


Presentation


Mempersembahkan produk kepada bakal pelanggan sangat penting bagi menarik pelanggan untuk membeli. Cara mempersembahkan produk perlu dengan cara yang profesional, mudah, ringkas dan mesra pelanggan. Bagi sesetengah perniagaan, mereka melaburkan banyak wang dalam menyediakan persembahan yang terbaik untuk produk mereka. 


Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di :-
+6 013 944 6866 

Khamis, 11 Oktober 2012

DOA ITU ADALAH OTAK IBADAH

Menyingkap Rahsia Doa

“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah. Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.
Semasa berdoa hendaklah kita bersungguh memohon jangan main main semasa berdoa. Dengan bersungguh insyaAllah apa yang kita hajati dimakbulkan.... yang penting jangan melakukan apa yang Allah larang dan apa yang Allah tidak suka. 





Assalamualaikum W.B.T
Kami mendoakan agar anda semua sihat dan ceria selalu disamping berada di bawah payung Rahmat Allah....
Perkongsian pagi nie....
Usahlah kita mengharap kembali menjadi kain yang putih , akan tetapi sekurang-kurangnya berusahalah untuk menjadi sehelai batik yang cukup-cukup indah .. :')
P.S) Kita sentiasa muda untuk bertaubat .. jangan malu untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya ..
Ayuh kita sama sama bertaubat setiasa agar hidup kita lebih bermakna....

~https://www.facebook.com/TelekungLestari~

Selasa, 10 Januari 2012

Rahsia Sihat Dengan Monavie



RAHSIA GABUNGAN KHASIAT 19 JENIS BUAH-BUAHAN UNTUK KESIHATAN..

Disebabkan gaya hidup sekarang ini yang cukup stress dan tidak mempunyai masa pulak tu diadungkan lagi dengan pencemaran alam sekitar yang tidak dikawal sukar untuk kita mengawal atur gaya pemakanan yang seimbang. betul tak?

Cuba anda lihat di sekeliling anda boleh dikatakan setiap orang wajib memiliki penyakit yang berisiko tinggi seperti kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis. Kenapa ini terjadi Tuan2?

Tentu anda tertanya-tanya ada cara untuk mengelakkan daripada penyakit atau makanan tambahan? Ada tuan-tuan saya ingin memperkenalkan kepada tuan-tuan jus MonaVie....

KENAPA JUS MONAVIE TUAN2?
Jus MonaVie adalah makanan tambahan yang menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurang dan menyahkan radikal-radikal bebas dari dalam badan kita.

Di samping itu, ia juga membekalkan nutrien-nutrien yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain untuk memberi dan membekalkan tenaga yang optimum untuk badan kita.

Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan yang lain akan bertukar dan beralih arah kepada jus Monavie setelah mula meminumnya.

MENCEGAH DAN MENGATASI MASALAH BERIKUT:
KENCING MANIS / DARAH TINGGI / KOLESTROL TINGGI / GOUT / SAKIT JANTUNG / KANSER / GASTRIK / SAKIT BELAKANG / MASALAH URAT SARAF / SAKIT SENDI / PENYAKIT KULIT / LETIH @ LESU / STROK / LUMPUH / RESDUNG / ASTHMA / BUASIR / BUAH PINGGANG /
JANGKITAN FARAJ / KEPUTIHAN / SEMBELIT /  OTOT KEJANG / AWET MUDA DAN BANYAK LAGI!!!



 MonaVie ditanggung halal tuan2.....

                    

Untuk Maklumat Lanjut Produk :

Mohd Firdaus
013-944 6866

Shekh Mohd Haqimie
019-953 1866

Hafiz Wasa
017-972 8099


Anda berminat nak jadi pengedar hubungi kami sekarang...