Selasa, 10 Januari 2012

Rahsia Sihat Dengan Monavie



RAHSIA GABUNGAN KHASIAT 19 JENIS BUAH-BUAHAN UNTUK KESIHATAN..

Disebabkan gaya hidup sekarang ini yang cukup stress dan tidak mempunyai masa pulak tu diadungkan lagi dengan pencemaran alam sekitar yang tidak dikawal sukar untuk kita mengawal atur gaya pemakanan yang seimbang. betul tak?

Cuba anda lihat di sekeliling anda boleh dikatakan setiap orang wajib memiliki penyakit yang berisiko tinggi seperti kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis. Kenapa ini terjadi Tuan2?

Tentu anda tertanya-tanya ada cara untuk mengelakkan daripada penyakit atau makanan tambahan? Ada tuan-tuan saya ingin memperkenalkan kepada tuan-tuan jus MonaVie....

KENAPA JUS MONAVIE TUAN2?
Jus MonaVie adalah makanan tambahan yang menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurang dan menyahkan radikal-radikal bebas dari dalam badan kita.

Di samping itu, ia juga membekalkan nutrien-nutrien yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain untuk memberi dan membekalkan tenaga yang optimum untuk badan kita.

Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan yang lain akan bertukar dan beralih arah kepada jus Monavie setelah mula meminumnya.

MENCEGAH DAN MENGATASI MASALAH BERIKUT:
KENCING MANIS / DARAH TINGGI / KOLESTROL TINGGI / GOUT / SAKIT JANTUNG / KANSER / GASTRIK / SAKIT BELAKANG / MASALAH URAT SARAF / SAKIT SENDI / PENYAKIT KULIT / LETIH @ LESU / STROK / LUMPUH / RESDUNG / ASTHMA / BUASIR / BUAH PINGGANG /
JANGKITAN FARAJ / KEPUTIHAN / SEMBELIT /  OTOT KEJANG / AWET MUDA DAN BANYAK LAGI!!!



 MonaVie ditanggung halal tuan2.....

                    

Untuk Maklumat Lanjut Produk :

Mohd Firdaus
013-944 6866

Shekh Mohd Haqimie
019-953 1866

Hafiz Wasa
017-972 8099


Anda berminat nak jadi pengedar hubungi kami sekarang...


Hari pertama

Hampir 3 bulan berehat di rumah selepas selamat bersalin anak ke tiga kami, sekarang sudah tiba masanya untuk berkhidmat untuk sekolah. Sekolah sudah lama ku tinggalkanmu sekarang sudah tiba aku mendekatimu demi memperjuangkan amanah yang telah diberikan.....InsyaAllah akan ku pikul tanggungjawab ini demi mencari redha daripada Yang Maha Kuasa.

Perjalanan di pagi sungguh indah dihembusi oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa......seperti biasa aku bertolak tepat jam 6.30 am......menuju ke rumah Mak mertuaku yang terletak di Kampung Duyung Besar untuktinggalkan anakku yang berusia 3bulan.... Naqiebah Ummi tinggalkan kamu jangalah kamu menangis, Ummi tahu kamu anak yang pandai dan pintar..... sesudah je aku tinggalkan anakku yang bongsu bermulalah perjalanan ku menuju ke sekolah......

Sekolahku yang terletak di Sungai Tong Setiu Terengganu.....Perjalanan yang mengambil masa hampir 45 minit ke Sekolah Sri Langkap... Apa yang mehiarankan ku setiap kali perjalanan aku, aku dapat melihat ragam pemandu yang terburu-buru untuk sampai di tempat kerja ada yang membawa kereta macam F1......

Udah-udah lah deeee pandu laju memang sampai cepat tapi silap hari bulang hang tak selamat...... apa salahnya  keluar awal sedikit dan bawak kereta secara berhemah...... Ingat orang tersayang......

oklah setakat nie dulu buat coletang pagi...sehingga berjumpa lagi di lain siaran dan waktu....

"Jangan Kerja Kuat tetapi Kerja Smart"

Ikhlas daripada...
Tuan Aslah Tuan Mansor...

Klik sini jika anda mahu sihat

Isnin, 9 Januari 2012

Tips Elak Kanser Payudara



Kanser payudara merupakan kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita di Malaysia. Namun ia bukanlah yang paling merbahaya. Seorang wanita di Malaysia mempunyai risiko 1 dalam 19 untuk mendapat kanser payudara sepanjang hayatnya. Risikonya lebih tinggi di kalangan wanita Cina iaitu 1 dalam 14 dan India 1 dalam 15. Wanita Melayu mempunyai risiko yang terendah iaitu 1 dalam 24 wanita berbanding 1 dalam 8 bagi wanita di negara-negara maju.

Tidak dinafikan bahawa beberapa faktor seperti factor keturunan yang tidak boleh kita ubah. Namun, kita boleh melakukan banyak perubahan dari segi gaya hidup yang dapat membantu mencegah kanser payudara. Kami perturunkan di bawah ini 10 cara utama mencegah kanser payudara.


1. Kata “Tidak” kepada alkohol


Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).


2.Berhenti Merokok


Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.


3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman


Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian belaiu dengan suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.


4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda


Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.

Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan


5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh


Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengankanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.


6. Periksa payudara anda setiap bulan


Ini merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.

Anda boleh mempelajari bagaimana melakukan pemeriksaan payudara dengan betul dengan melayari http://www.thefamilygp.com/thefamilygp_t­v.aspx?cid=2&vid=iLyROoaftXAu

Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.

Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.


Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.

Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.


7.Amalkan diet lemak rendah


Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang mengovumdari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.


8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan


Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.

Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.

Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?


Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan

Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun

Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.


9. Berkeluarga awal jika boleh


Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada kanser payudara dan serviks.


10. Amalkan penyusuan badan


Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.

Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.

Jom Klik Disini

Sabtu, 7 Januari 2012

Panduan nak kurangkan berat badan......






Ramai orang yang nak kurangkan berat badan akan tetapi tak tahu bagaimana caranya dan ada yang tahu tetapi tidak kekalkan berat badan sempurna.... Saya nak kongsikan cara yang diajar oleh sifu Kevin Zahri kepada anda semua......


Tahu dan buat teruskan beramal jangan amal separuh jalan.....


1. Jangan skip meals.Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurang berat badan. Ini salah. Dengan cara ini anda hanya berjaya menurunkan metabolisma badan. Panduan Terbaik? Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.
Kawal nafsu makan….once nafsu is there memang susah untuk membuat pilihan makanan yang baik. Again di sinilah anda perlu makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan anda.


2. Kawal nafsu makan….once nafsu is there memang susah untuk membuat pilihan makanan yang baik. Again di sinilah anda perlu makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan anda.


3. Tingkatkan tahap keaktifan anda…tak semestinya dengan jogging atau bersenam di gym. Yang penting anda tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih calorie, seperti:-



  • Park kereta anda lebih jauh daripada destinasi anda
  • Jangan guna lif…use the stairs
  • Bersihkan rumah anda



4. Ketahui keperluan kalori anda. Ini penting dan jika anda rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalorie seharian anda.


5. Eliminate makanan yang 1. tidak elok dan 2. tidak perlu. Kekadang kita ambil makan/minuman yang actually kita tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them


6. Diet pills? Yes they work tetapi tidak jika anda tidak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal…..


7. Tak pandai kawal nafsu makan? Belilah protein shakes dan makannya di antara hidangan due kali sehari..1. antara sarapan dan lunch…2. antara lunch dan makan malam

Mengapa Perlu Turunkan Berat Badan?




Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi menghidapi penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Tahukah anda ! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.




Rabu, 4 Januari 2012

Kelebihan Ayat Kursi

Khasiat Ayat Kursi

 


 


Maksud ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)



 

Besar sebelah...

Sebelah Kiri Lebih Besar!!!!

Anda seorang wanita?
Anda tahu payudara wanita tidak sama besar?
Benar atau tidak?

Secara statistik payudara wanita sebelah kiri lebih besar jika dibandingkan dengan sebelah kanan. Statistik ini bukan rekaan ini berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Annals of Plastic Surgery yang melakukan soal selidik ke atas 600 wanita... sewaktu pembesaran buah dada perkara utama yang sering diperhatikan oleh gadis ialah sama ada salah satu lebih besar atau kecil berbanding disebelah lagi...

Selasa, 3 Januari 2012

Cara Rasulullah Didik Anak


Telatak Anak MAsuk Persekolahan

 Alam Persekolahan



Hari ini dalam sejarah persekolahan anak-anak bagi mereka yang mempunyai anak, bagi mereka yang tidakmempunyai anak bersabarlah... Persekolahan sudah bermula dan pelbagai ragam yang dapat dilihat ada yang menangis dan ada yang suka kerana tak sabar hendak berjumpa dengan guru dan kawan-kawan... Lagi pulak yang terjadi pada anak kesayanganku yang berusia 4 tahun yang bernama Nur Aien Faqiehah ...bermula sehari sebelum persekolah dia amat suka untuk pergi kesekolah sampaikn bangun diawal pagi tidak perlu dikejutkan senyum panjang sampailah disekolah. Ketawa bertukar menjadi tangisan anakku menngis tak henti-henti.....maklumlah baru pertama kali menjijakkan kaki ke alam persekolahan.... Alhamdulilah menangis dia tak lama pandai guru-guru PASTI yang mengawalnya.... Tabahkan hati mu untuk berjaya di masa hadapan....Belajar bersungguh-sungguh semoga berjaya di dunia dan akirat....

Anakku yang sulong tiada masalah.......usia sekarang dah 6 tahun bernama Muhammad Habieb Muttaqien....suka dan selamba sahaja kawan2 dah ada tu yang selamba je tuh......belajar rajin-rajin boleh belajar di Mesir....

Kalau kita ingatkan bagaimana kita menghadapi alam persekolahan dahulu? Lebih kurang macam ini jugak....kekadang bila teringat kembali beginilah aku sewaktu kecil kesian ibu bapaku...... Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya. Diharapkan esok dia tidak akan menngis untuk pergi ke sekolah.....

Bagaimana dengan anak anda ?

Cintakan Dunia


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "

Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. 

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 

H.R. Abu Daud 

Keterangan:

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. 

Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. 

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". 

Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t

Seharusnya kita bersiap untuk menghadapi mati yang tidak diduga " Beramal lah kamu sebagaimana kamu ingin mati esok hari" yakni kita dituntut membuat sesuatu amalan dengan bersungguh-sungguh seumpama kita mati esoh hari. 

Apa yang terjadi pada hari ini beramal separuh jalan atau pun tidak ada kesungguhan dalam melakukan sesuatu amalan. Diharapkan dengan bermulanya tahun baru ini kita sama-sama berubah.....

Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.  Sekian perkongsian Ilmu untuk pagi ini InsyaAllah kita semua akan diberkati olehNya....

Isnin, 2 Januari 2012

Kelebihan Pad Herba

Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia memperkenalkan anda satu konsep yang terbaru, iaitu FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi. Kualiti FC Bio Sanitary Pad memang terjamin! Ia diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti dan selamat, tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya. Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!
 
Fungsi dan Kelebihannya
  • Mencegah senggugut
  • Mencegah buasir
  • Menghilangkan bau
  • Mencegah keradangan dan membasmi kuman
  • Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim
  • Mengawalatur kitaran haid
  • Membuangkan angin perut
  • Membuang darah beku di rahim
  • Mencegah keradangan dan membasmi kuman

Menurut soal-selidik yang dijalankan, 73% wanita mengalami masalah kegatalan, kepanasan dan kesakitan ketika haid. Akan tetapi ramai wanita yang tidak mengambil berat tentang penyakit ini. Ianya disebabkan pemakaian tuala wanita yang tidak telus udara. Maka, memilih tuala wanita yang sesuai adalah amat penting bagi mengelakkan masalah-masalah tersebut. Tahukah anda? FC Bio Sanitary Pad terbentuk daripada 3 lapisan. Lapisan permukaan diperbuat daripada 100% kapas, lapisan tengah mengandungi S.A.P. yang memberi kuasa serapan tinggi dan lapisan bawah yang telus udara.

FC Bio Sanitary merupakan produk dipaten yang unik. Ia mengandungi ramuan herba asli yang istimewa, membantu para wanita bebas daripada masalah-masalah sakit puan yang merunsingkan. FC Bio Sanitary Pad berkesan dalam membantu menghilangkan senggugut, menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur, menghilangkan masalah berbau, membasmi kuman, mencegah jangkitan, menghilangkan kepanasan, mengecutkan rahim dan juga meningkatkan sistem pertahanan badan. Segala bahan mentah, proses dan produk dijamin mencapai tahap piawai kebersihan dan sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan.

Masih Ragu-ragu tentang keistimewaan pad herba ini? mari kita lihat testimoni di bawah...


Fang Set Fang, 50 tahun, Sarawak ( Jangkitan Kuman )
Saya mempunyai sist (cyst) di bahagian rahim. Selepas mengambil ubat doktor, sist tersebut pecah dan mengeluarkan banyak darah serta cairan. Pemeriksaan puan perlu dijalankan setiap 2 bulan, tetapi setiap kali pun disahkan dijangkiti kuman dan perlu memakan ubat antibiotik.

Selepas saya menggunakan FC Bio Sanitary Pad, masalah tersebut telah diselesaikan, rahim sudah bebas daripada jangkitan kuman dan saya tidak perlu memakan ubat antibiotik lagi! 
 
 
Aminah Shariff , 49 Tahun, Selangor ( Masalah Senggugut )
Setelah menggunakan FC Bio Sanitary Pad, masalah senggugut saya telah semakin menghilang dan tidak berasa sakit lagi ketika haid. Kini, saya berasa sungguh berkeyakinan. 
 
 
 Hjh. Subardini Bt. Hj. Nawawi, 49 Tahun, Sarawak ( Haid Tidak Menentu)
 
Haid saya datang 2 bulan sekali dan tidak lancar.

Setelah menggunakan FC Bio Sanitary Pad, haid pada hari pertama dan kedua mengalir dengan lancar. Saya memakai FC pantiliner bermula pada hari ketiga haid sehingga hari kelima haid berhenti. Kitaran haid saya sudah menjadi teratur. Saya sangat berpuas hati, terima kasih Avail!
 
Untuk Keterangan lanjut sila hubungi:
Tuan Aslah Tuan Mansor
013-968 0076
p.s: Pengedar diperlukan part time @ full time

Zikir Munajat


Mari bersama-sama kita berzikir munajat kepada Allah dengan ini boleh melembutkan hati kita...

Ombak Rindu

 Ombak Rindu.....

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman.

Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut ”cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.

Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”  itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.

Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.

Kelebihan Buah Acai



Kelebihan Buah Acai







1. Acai Boleh Membantu Tidur Yang Lebih Baik

Ini disebabkan ianya mengandung zat nutrisi seperti vitamin B dan lain-lain, acai mampu menurunkan tingkat stres dan membantu komunikasi antara sel-sel diotak. Acai mampu melakukan hal ini dengan membantu pembuatan neurotransmitter. Beberapa neurotransmiter adalah serotonin dan dopamin.
2. Acai Dapat Tingkatkan Level Tenaga anda

MonaVie digunakan oleh atlet terkenal seperti Venus Williams, kerana acai mempunyai banyak nutrisi, dan terutama banyak lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga anda. Inilah sebabnya MonaVie boleh digunakan setiap hari untuk meningkatkan tahap tenaga anda.

3. Acai Dapat Mengurangi Kolesterol

Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids). Asid ini mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, itu akan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol). Kedua-dua tindakan yang dilakukan oleh EFA, akan mengakibatkan jauh lebih baik sirkulasi darah dalam tubuh anda.

 

4. Acai Bisa Membantu Anda Menurunkan Berat Badan

Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, maka MonaVie amatlah sesuai sekali! MonaVie membantu menurunkan berat badan kerana acai akan melelngahkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan. Ini karena acai memiliki indeks Glisemik rendah.




5. Acai Dapat Bantuan Turunkan Tingkat Stres anda

Acai adalah pembantu yang hebat dalam pertempuran melawan stres! Terutamanya kerana acai mampu membetulkan tahap stres dalam badan dan kemudian memperbaikinya.

6. Acai Dapat Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda

Acai dikenali kerana mempunyai antioksidan dan anti-inflamasi yang boleh melawan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran udara, stres dan faktor yang berkaitan dengan radikal bebas.


7. Acai Boleh Melegakan Haid Bulanan Wanita

Berita baik bagi wanita! Terutamanya yang mengalami kesakitan haid teruk pada setiap bulan! Acai sangat kaya dengan kalsium dan ia mampu meredakan kesakitan dari kembung dan kram.

8. Acai Dapat Membantu melawan Kerdut dimuka

Acai Juice yang mempunyai kuantiti anthocyanin dan phytisterols yang tinggi dimana boleh melindungi kolagen (dan jaringan tisu lainnya) dan cara ini anda akan melambatkan kerdut yang lebih awal.


9. Minum acai Dapat Membuat Gigi Kukuh

Kalsium diacai bukan hanya baik untuk meredakan kram dan kembung, tetapi juga membantu anda memiliki gigi yang lebih kuat, senyuman yang lebih putih dan juga mencegah gingivitis atau penyakit2 gusi.

10. Acai dan Mata anda

Jus acai membantu meningkatkan visi anda, mengurangkan komplikasi degenerasi makula pada penderita diabetes. Ini kerana vitamin C dan beta karotena yang ada diacai.

11. Acai Dapat Bantuan Warna Kulit anda

Disebabkan acai mengandungi pitosterol, dengan meminum MonaVie anda akan dibantu mengurangkan kehausan bawah kulit anda di luar lapisan pelindung dan memperbaiki warna kulit anda.



12. Acai Boleh Melewatkan Ketuaan

MonaVie boleh membantu memperlambat penuaan sebab acai mempunyai anti-oksidan yang kuat dan regenerative nitrisi sel ynag membantu untuk beroperasi secara optimum. Ini mungkin salah satu sebab yang paling penting untuk minum jus acai.

13. Acai Dapat Melindungi Saluran Darah

Dengan meminum MonaVie anda akan melindungi arteri, kapilari, vena dan pembuluh darah. Hal ini mungkin karena anthocyanin yang ada diacai


(perbandingan acai dengan yg lain)

14. Acai Dapat Meningkatkan Daya Tahan dari Penyakit

Disebabkan acai mempunyai banyak nutrisi, MonaVie membantu sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh anda untuk segala macam penyakit.

15. Acai Bolehkah Meningkatkan Tahap Lipid dan Glukosa

Acai memiliki indeks Glisemik rendah yang meningkatkan tahap kedua duanya.

16. Acai Boleh Mengdetoksifikasi Dan Mencuci Tubuh Kita

Acai telah digunakan untuk waktu yang lama sekarang untuk mendetoksifikasi tubuh manusia.




(memanjat pokok acai kerja sukar)

17. Acai Mampu Membantuan Masalah Ulser

Disebabkan ia mengandungi antibakteria, acai mampu menghancurkan fungy, bahkan bakteria dan parasit yang mana menyebabkan masalah gastrik.

18. Acai Mungkin Mampu Mengurangi Risiko Penyakit Alzheimer

Menurut sebuah pada tahun 2004, yang ditemui dalam Archives of Neurology, orang yang minum acai dapat mengurangkan risiko mengidap penyakit Alzheimer kerana acai mempunyai jumlah lebih besar vitamin E dan C.

19. Acai Adakah Penolong Besar Terhadap Osteoporosis

Di sebabkan Acai mempunyai jumlah kalsium meningkat, osteoporosis yang buruk akan cuba menjauhi.

20. Acai Bolehkah Melawan BPH (pembesaran prostat)

Acai adalah musuh ketat BPH (Benign Prostate Hyperplasia). BPH adalah pembesaran prostat.

21. Acai mampu membantu menghalang Retinopathy

Bagi orang-orang yang menghidap diabetes Acai adalah berita gembira, kerana ianya membantu kapilari yang lemah yang boleh mengakibatkan retinopathy dan boleh menyebabkan kebutaan.


(sampan digunakan transport angkut buah acai)

22. Acai Bolehkah Mencegah Beberapa Penyebab Dari Penyakit Jantung

The acai juice mempunyai agen perlindungan jantung yang kuat iaitu antioksidan bernama polifenol. Produksi Nitric oksida dalam sel endotel ditingkatkan oleh anthocyanin. Oksida nitrik bertanggungjawab untuk relaksasi dan pembesaran dinding saluran darah dan ini bermakna tekanan rendah pada jantung. Lagi menarik, aliran darah anda akan meningkat dan akan menurun risiko penyumbatan saluran darah.

23. Sterols Dari acai Dapat Membantu Menurunkan Tekanan Darah anda

Para sterol bertanggungjawab untuk banyak hal-hal yang baik bagi tubuh anda. Sterol merupakan komponen membran sel tanaman. Ianya digunakan dalam hal-hal yang berkaitan pengubatan dengan tekanan darah.


(kawasan habitat anakonda)

24. Acai Dapat Membantu melegakan simtom Asma

Acai mampu meningkatkan gejala asma kerana mempunyai banyak vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat kuat. Vitamin C memiliki bahan anti-inflamasi yang membantu menghilangkan gejala asma.

25. Acai Dapat Bantuan Juga Lapangkan Gejala Dari Crohn’s Disease

Acai mengandungi bahan anti-flamatori, ia mampu menghentikan malabsorpsi zat nutrisi yang penting bagi tubuh. Dengan cara ini, acai mencegah kerosakan pada dinding usus kecil anda.

26. Acai Mamput Membantu Menghilangkan Rasa Sakit Arthritis

Sekali lagi, kemampuan anti-inflamasi acai boleh membantu menghilangkan rasa sakit disebabkan oleh arthritis.


(buah acai dikumpul dan perlu diproses segera dalam 24 jam)

27. Acai Dapat Membantu Mencegah Kerosakan Free-Radical di Sistem Kekebalan (immune)

Pengoksidaan (radikal bebas) merupakan salah satu punca utama kelemahan kekebalan (disfungsi). Acai melawan ini dengan ketangguhan sistem kekebalan tubuh.

28. Acai Juga Bertindak Seperti Astringen

Astringen adalah bahan yang tirus, kontrak, mengencangkan tisu seperti kulit kita. Astringen dimanfaatkan untuk menghentikan pendarahan dari luka kecil dan untuk diberikan kepada kulit yang segar, kesemutan.

29. Acai Dapat Memerangi Kanser

Acai mencegah dan menurunkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut, kanser paru-paru dengan meneutralkan radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan sel-sel.



(habitat tumbuh-tumbuhan buah acai)

30. Acai Bolehkah Mengatasi Acid Reflux!

Antioksidan diacai mampu membantu melindungi dan memperbaiki kerongkong lebih rendah ketika ianya dirosak oleh asid Reflux disease (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan isi perut ketika berlaku refluks. Ini kerana, acai mempunyai kesan supresi asid.

31. Acai Dapat Menguatkan Tubuh anda

Acai lebih banyak protein dari telur ayam dan mampu membantu tubuh anda lebih kuat.

32. Acai Bolehkah Meningkatkan Kontraksi Otot Dan Regenerasi

Acai mempunyai campuran mineral dan asid amino yang membolehkan membantu tindakan kontraksi otot dan regenerasi selepas aktiviti yang meletihkan.


33. Acai Bolehkah Meningkatkan Fungsi Sel-sel ‘Immune’ (kekebalan)

Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine, acai meningkatkan fungsi sel-sel kekebalan oleh limfosit memodulasi kekebalan tubuh dan mencegah penekanan. Ini semua disebabkan oleh beta-Sitosterol yang ada dari acai.

34. Acai BolehBerindak sebagai Anti-mutagenik

Acai membantu dalam pencegahan kerosakan struktur DNA kita dan mengurangkan risiko yang mungkin ditimbulkan oleh mutagen.

35. Acai Dapat Melawan Virus

Acai mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit seperti virus, fungi atau jangkitan bakteria.


(pyramit anti penuaan)

36. Acai Dapat Meningkatkan Penghadaman

Acai serat makanan membantu usus besar kita dan saluran penghadaman.

37. Acai Dapat Memberikan anda Mental yang lebih Jelas

Acai membantu kewaspadaan kita dan fungsi mental dengan lemak omega 3.
contoh juice acai

38. Acai Menggalakkan Kesihatan Keseluruhan.

Dengan antioksidan kuat, acai membantu membangun dan menambahkan kembali tubuh kita.

39. Acai Dapat Bantuan Synergy Tubuh Kita

Acai membantu dengan perlindungan seluruh tubuh.

Apakah fahaman yang anda dapat daripada kelebihan buah acai?

Ingin mencuba jus Mona.Vie yang diasaskan dengan ramuan buah acai digabungkan dengan 19 jenis buah? Baik untuk sistem badan anda mampu membantu sisitem badan anda yang tak kuat membaiki sel2 rosak dalam badan dan lain-lain.

Kalau anda ingin mencuba terus call ataupun sms ke saya di

H/P : 013-944 6866

Tak pong lawat laman web rahsia monavie di.....

Klik sekarang

Tolong Bayi Tersedak


Perkembangan Bayi 0-4 Bulan



Untuk mengetahui apakah bayi Anda terlahir dalam keadaan sehat, Anda bisa membacanya di “Kelahiran Bayi Sehat“. Selanjutnya, berikut perkembangan bayi normal sejak usia 0-4 bulan…
Bulan ke-1
Jangan panik kalau bagian punggung atau pantat si kecil ada kulit yang biru seperti lebam, atau keabu-abuan. Bercak ini biasanya hilang setelah usianya melewati 1 tahun.

Jangan panik juga jika bentuk kepala bayi Anda kurang simetris, karena ia baru saja melewati jalan yang sempit, yaitu pinggul sang ibu. Matanya mungkin akan tampak sedikit membengkak, hidungnya masih sangat pesek dan kupingnya terlihat agak aneh. Dia akan terus “memperbaiki” penampilannya kok…
Bahkan pada sebagian bayi, Anda bisa melihat bagian lunak di bagian atas kepalanya berdenyut. Ini masih termasuk normal.

Pada beberapa hari pertama, mata si kecil biasanya akan terus menutup. Setelah itu matanya akan mampu terus terbuka untuk waktu yang lebih lama. Ia akan bisa melihat wajah Anda pada jarak sekitar 20 cm.
Pada tahap ini bayi bisa menggerakkan dan memutar kepalanya untuk mencari susu ibunya, bisa meregangkan tangannya, serta mengenggam jari Anda dengan kepalan tangannya.
Bulan ke-2
Pada tahap ini gerakan tubuhnya akan semakin membaik. Ia bisa menggapai benda-benda yang menarik perhatiannya, bisa memegang benda kecil dengan gengamannya walapaun hanya sebentar, bahkan ia sudah bisa menepuk-nepuk benda yang disenanginya.

Cobalah tersenyum kepadanya… jangan kaget kalau ia tersenyum balik kepada Anda. Coba pula membuat berbagai bunyi di dekatnya tanpa membuatnya terkejut. Sebagian bayi akan mendengarkan bunyi tersebut dengan seksama, sementara sebagian lainnya mungkin malah akan menangis.

Pada akhir tahap ini, sebagian bayi sudah mulai bisa mengangkat kepalanya dan mencoba melihat ke sekeliling ruangan.

Jika bayi Anda senang, maka ia akan membuat berbagai respon, seperti memandang wajah Anda, mencoba meraih Anda dengan tangannya, tersenyum dan mengoceh.

Sebaliknya, jika ia sedang kesal, maka respon yang dibuatnya antara lain memalingkan wajahnya dari Anda, menangis, meronta, serta bernafas dengan cepat.

Si kecil juga sudah mulai suka bereksplorasi menggunakan mulutnya dengan menghisap apa saja yang bisa dan nyaman untuk dihisap. Ia mulai banyak bereksperimen dengan suaranya, serta jarak pandangnya pun bertambah hingga beberapa meter ke depan.
Bulan ke-3
Si kecil sudah semakin kuat mengangkat kepalanya jika Anda baringkan ia dalam posisi tengkurap. Bahkan tidak jarang yang sudah bisa mengangkat badannya sedikit pada posisi ini.

Ia pun semakin mahir menggunakan tangannya. Ia akan senang menyentuh, memegang, serta memukul-mukul dengan kedua tangannya. Ia juga akan sangat menyukai melihat bayangannya sendiri di cermin.

Pada tahap ini, bayi akan mulai mengenali wajah orang dekatnya dan berbagai benda yang akrab dengannya.
Bulan ke-4
Bayi Anda akan mengamati berbagai ekspresi wajah Anda dan menirunya. Sebagian bayi ada yang sudah bisa berguling ke posisi tengkurap sendiri pada tahap ini. Namun akan lebih mudah baginya untuk berguling dari posisi tengkurap ke posisi terlentang.

Sebagian bayi ada yang sudah mulai muncul giginya pada tahap ini, walaupun ini sangat dipengaruhi oleh faktor keturunan.

Demikianlah garis besar perkembangan bayi Anda sejak usia 0-4 bulan. Yang perlu Anda ingat adalah bahwa setiap  bayi memiliki tahapan perkembangan yang unik. Jika bayi Anda agak lamban perkembangannya, jangan langsung panik… kebanyakan masih berada dalam batasan kewajaran.