12 Tip Elak Kanser Payudara
1. Makan sayur-sayuran.
Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet yang tinggi dengan
buah-buahan dan sayuran mempunyai kadar kanser payudara yang lebih
rendah. Sayuran seperti brokoli, kubis brussels, kubis bunga dan kubis
didapati mempunyai kesan pencegahan kanser yang lebih kuat.
2. Teh hijau
Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan umum. Tambahkan teh hijau ke dalam
diet harian. Kajian menunjukkan risiko kanser payudara yang lebih
rendah dikalangan mereka yang minum teh hijau.
3. Hadkan pengambilan alkohol dan jauhi rokok.
Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara. Hadkan pengambilannya dan berhenti merokok sekiranya anda perokok.
4. Ambil kira jumlah dan jenis lemak yang dimakan.
Penyelidikan menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi, iaitu 40% atau
lebih daripada kalori harian memberi lebih risiko berbanding 20%
daripada kalori harian. 20% daripada nilai kalori adalah paling
disarankan oleh pakar dietetik. Selain itu, lemak tepu yang dijumpai
dalam daging berlemak (marbled meat) dan produk tenusu yang berlemak
tinggi lebih cenderung meningkatkan risiko kanser payudara berbanding
lemak tak tepu dalam kekacang, bijian dan avokado serta minyak zaitun
dan kanola.
5. Mengambil supplemen vitamin E
Kajian ke
atas sel-sel payudara menunjukkan bahawa ahli keluarga vitamin E, iaitu
tokotrienol mempunyai kesan anti-tumor yang poten dan menggalakan
kematian sel tumor, dengan itu mengurangkan risiko kanser payudara.
Sebaliknya vitamin E bukan tokotrienol tidak memilik kesan yang
signifikan ke atas sel kanser payudara.
6. Meningkatkan pengambilan antioksida.
Tekanan oksidatif dan kesan kerosakannya boleh memulakan proses kanser.
Antara cara terbaik untuk menghentikannya adalah dengan antioksida
seperti vitamin E, C dan selenium.
7. Senaman secara tetap.
Kajian epidemiologi menunjukkan aktiviti fizikal boleh mengurankan
risiko kanser payudara. Kajian yang diterbitkan dalam Asia Pasifik
Journal of Cancer Prevention edisi Julai-September 2009 mendapati wanita
yang melakukan kerja yang memerlukan mereka berdiri atau bergerak di
kebanyakan masa dalam sehari adalah 34% lebih rendah untuk mendapat
kanser payudara berbanding mereka yang banyak duduk.
8. Mencari alternatif untuk Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa HRT meningkatkan risiko kanser
payudara. Wanita yang berisiko tinggi boleh mencari alternatif untuk
HRT. Bincang dengan doktor tentang pilihan yang ada.
9. Pemeriksaan Payudara Sendiri (BSE)
Adalah penting untuk mengesan kelainan pada payudara anda. Cuba lakukan
sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebaiknya seminggu selepas haid.
Mamogram disarankan untuk wanita berusia 35 tahun keatas.
Baca artikel bagaimana untuk anda melakukan pemeriksaan payudara sendiri.
10. Urutan sendiri.
Urutan meningkatkan aliran darah, aliran cecair tubuh dan memperbaiki
saraf impuls. Urutan sendiri boleh dilakukan smdah memberi tekanan
ringan (gerakan membulat) dari setiap arah atas tisu payudara dan
mengusap lembut di atas seluruh bawah lengan untuk merangsang kalenjar
nodus limfa.
11. Pakai coli yang sesuai.
Meskipun
tiada bukti tepat yang menyokong idea bahawa coli boleh menyebabkan
kanser payudara, namun dikira langkah baik agar tidak memakai coli yang
kurang sesuai yang boleh menyekat aliran limfa ke payudara. Coli bukan
sekadar pakaian dalam, malah perlu untuk menyokong payudara. Jika anda
bersenam atau kerap berlari, pakailah coli untuk bersukan. Payudara
melendut dengan lebih cepat tanpa sokongan yang baik.
12. Dapatkan rawatan profesional.
Tumor kanser yang dikesan ketika masih kecil lebih berpeluang untuk
sembuh sepenuhnya berbanding menunggu sehingga ia lebih besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan